Tuesday, September 1, 2009
Saturday, July 25, 2009
BUAH-BUAHAN DAN KHASIATNYA
Wednesday, March 18, 2009
Tuesday, March 17, 2009
RADIO AMATUR
Terdapat juga sebahagian yang berkomunikasi menggunakan isyarat "morse"
Kendali Radio Amatur adalah merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai isyarat penggillan (call sign) sendiri yang mana ia merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara (Airwaves)। Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia Radio Amatur walaupun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia yang masih tidak membenarkan penggunaannya sebagai sebahagian dari aktiviti sampingan.
Radio Amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur(diatas 14 tahun), pangkat, agama, bangsa atau keupayaan। Sebagai seorang pengendali Radio Amatur, mereka akan dapat merasakan pengalaman yang menyeronokkan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Di dalam Radio Amatur, ianya akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik di mana ianya menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik di mana kini semakin ramai orang menyertai bidang ini, bahawa Radio Amatur boleh disertai oleh sesiapa sahaja dari golongan bawahan hingga ke peringkat atasan seperti King Husin of Jordan, King Juan Carlos of Spain, Senator Barry Goldwater dan ramai lagi yang menjadi sebahagian dari masyarakat Radio Amatur.
BAGAIMANA MENYERTAI
Pada peringkat awalnya, kita boleh menjadi seorang pendengar sahaja [ SWAL (short wave amateur listener) ] tetapi jika kita hendak berkomunikasi iaitu memancarkan isyarat, kita perlu mempunyai lesen dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Untuk mendapatkan lesen Radio Amatur kita perlu menduduki R.A.E (Radio Amatur Examination), satu ujian teori yang mana bila lulus ujian ini kita layak memohon lesen kelas "B" (B License) yang mana membenarkan kita untuk menggunakan band VHF,UHF dan juga sebahagian dari HF. Dan jika kita memerlukan jalur frekuensi dan kuasa memancar yang lebih besar yang membolehkan kita meletakkan dunia didalam gengaman, kita perlu menjalani satu lagi ujian iaitu "CW Test" (Ujian Morse Kod). Setelah lulus kedua-dua ujian tersebut, maka kita jadilah sebagai seorang pengendali Radio Amatur yang professional
Berumur 18 tahun ke atas
Warganegara Malaysia [lelaki dan perempuan]
Orang Melayu atau Warganegara Malaysia yang beragama Islam
Jenis Keahlian
Ahli Biasa [Pemancar] Memiliki Lesen
Bayaran masuk RM 20.00
Yuran tahunan RM 30.00
Ahli Biasa Seumur Hidup [Pemancar] Memiliki Lesen
Bayaran masuk RM 20.00
Yuran seumur hidup RM 250.00
Ahli Bersekutu [SWL] Tiada Lesen
Bayaran masuk RM 20.00
Ahli Muda
Berumur 15 hingga 18 tahun
Warganegara Malaysia [lelaki dan perempuan]
Orang Melayu atau Warganegara Malaysia yang beragama Islam
Ahli Biasa [Pemancar] Memiliki Lesen
Bayaran masuk RM 10.00Yuran tahunan RM 30.00Ahli Biasa Seumur Hidup [Pemancar] Memiliki Lesen
Bayaran masuk RM 10.00
Yuran seumur hidup RM 250.00
Ahli Bersekutu [SWL] Tiada Lesen
Bayaran masuk RM 10.00
Semua bayaran diatas hendaklah ditambah RM5.00 bagi mendapatkan kad keahlian ASTRA yang akan di poskan terus ke alamat seperti yang tertera di dalam BORANG PERMOHONAN anda



